Lailatul Qadr....
Malam yang baik dari seribu bulan...Datang hanya setahun sekali....Berlakunya pada sepuluh malam terakhir ramadhan..Nabi menyarankan umatnya untuk membanyakkan amal seperti sedekah dan bertadarus pada 10 malam terakhir ramadhan bagi merebut pahala lailatul qadr.
Bagi mereka yang beriman dan bertakwa kepada ALLAH,apabila berakhirnya bulan suci Ramadhan..mereka akan menangis kerana bulan yang penuh berkah telah berlalu pergi.Mereka seakan menginginkan hanya bulan ramadhan sahajalah sepanjang tahun agar dapat memperbanyakkan lagi amal ibadat dan inilah satu2 peluang umat islam untuk mendapat keampunan dan keredhaan ALLAH SWT.
Bermulanya Ramadhan,ALLAH akan melihat hambanya pada malam pertama ramadhan,dan bagi siapa yang mendapat perhatian daripada ALLAH,nescaya..sejahteralah hidupnya.Roh-roh yang terpilih akan keluar dari neraka dan akan memasuki syurga dengan izin ALLAH.Di akhir Ramadahn pula,orang-orang yang betul2 beriman dan bertaqwa akan mendapat ganjaran yang tiada tolak bandingnya dari ALLAH
iaitu terlepas daripada api neraka.Alangkah indahnya ramadhan....
Wahai orang2 yang beriman,bertaqwa lah kamu kepada ALLAH dan insaflah sementara hayat di kandung badan.
Labels: ramadhan al-karim